Singkap kembali ketika pesta parti Ryugakusee (pelajar antarabangsa). Sebelumnya sudah ada tunas kenal-kenalan dengan insan baik itu kerana kami kerap selisih pandang di ryou (penginapan asrama). Dia kerap bertanya saya tentang Malaysia negara bertuah, selalu juga ingin bertatih cakap english nya dengan saya kerana sukar baginya (katanya) dan hanya peluang yang baik untuk diamal adalah ketika bersama foreigner. Diri saya pula sentiasa berlumus untuk membahasa gunakan tutur jepun nya sebagai pendendang di kala masa cetek ketara. Saban hari dia semakin gemar ingin berkawan dengan saya, dan saya dengan hati ternganga sudi sahut sahaja. Tetapi, selepas party ryugakusee itu, yang mana beliau bersama rakan nya merayakan satu party baru,mereka mabuk kerana terlalu banyak minum bersama dalam party tambahan itu. Kebetulan drama mabuk minum keterlaluan itu dijalankan di bilik depan bilik saya, dan semasa saya baru mahu masuk bilik setelah pulang dari party ryugakusee, beliau dalam keadaan mabuk itu menyekat saya dan mengajak saya menyertai mereka untuk minum-minum dan tari-menari gila itu. Saya cuba menolak dengan baik dan menyatakan bahawa saya tidak boleh menyertai anda kerana saya adalah Muslim dan haram sama sekali bagi saya untuk gelumang sama. Dia yang masih mabuk itu terus memujuk saya dan saya terpaksa mengambil masa hampir 45 minit untuk melayan kerenahnya di depan pintu bilik peribadi saya dan beberapa kali terpaksa menerangkan apa dan kenapa saya tidak boleh walau cuba-cuba. Dia sedetik ketika bagai sudah faham tetapi masih memaksa saya agar cuba dan marilah bersama. Ikut rasa cas negatif hati, ingin sahaja saya berkeras kasar melayannya, tetapi bila renung jenak kembali bahawa kedatangan saya kembara ini adalah ada nilai hubungan dua daigaku (universiti) dan kesan nya amat besar juga, maka saya cuba jaga tatasusila Malaya agar tiada buruk pandang berlaku pada jejak nokhtak pulang ke laman si lubok bongor nanti. Akhirnya saya berjaya meloloskan diri dengan secubit senyuman beriring ucapan oyasuminasai (selamat malam). Esoknya si dia yang mabuk semalamnya, kelihatan seperti ingin melarikan diri dari saya, dia seakan sangat malu pada saya, hasrat nya yang mengila ingin berkawan dengan saya bagai berkabus bayang sudah. Terserempak di kawasan kampus, dia cepat segera paling wajah arah berbeda. Suatu ketika datang dia hampiri saya dan meminta maaf kerana sikapnya ketika mabuk itu, katanya dia sangat malu dengan saya. Saya lantas berkata , jangan lah risau saudara, saya faham kehidupan anda, tidak perlu malu pada saya, cuma saya tidak boleh menyertai anda pada saat itu. Dan minggu lalu kami kembali akrab semula. Saya tahu betapa ada harga hormat antara kita, lebih-lebih lagi pada insan tiada agama. Maafkan saya, ajak-ajak arak anda sekurang-kurangya menguji saya bila jarak sekadar 2 pembaris panjang sahaja dengan tombol pintu saya.
Thursday, August 5, 2010
Monday, July 26, 2010
Rasa
Pening macam bagai ragam perkara, masam tension , pahit tension, serabut tension. Minggu-minggu yang memenatkan. Aduh, membuatkan kalbu rasa sudah lain. Susah membuat gambaran, tapi hati perlu tahan. Terpaksa hunus dengus walau bukan sebaik luah.
Tuesday, July 20, 2010
Tebas Jalan
Terima kasih dan setinggi penghargaan di atas kerjasama para pegawai dari University Taiwan dengan Kerjasama CIP Japan yang telah menghantar email kepada saya dan pelawaan ke Fuji Yama. Terima kasih juga email yang dihantar yang menyatakan makanan yang disediakan khas kepada muslim yang seorang ini dan jaminan tiada kandungan haiwan untuk saya. Terima kasih yang faham, tahu dan menghargai usaha saya pupuk semua hubungan ringkas ini. Harap anak melayu lebih senang selepas ini, berani datang, tempuh sedikit jalan yang sedang saya tebas ini.
















Saturday, July 10, 2010
Gadis Itu
Drama dalam densya (train). Selepas solat Jumaat, hayun kaki seorang ke eki (train station) dan kooardinat aku adalah berdekatan (di hadapan) gadis itu menuju ke penghujung stesen sebelum perlu tukar densya untuk ke gudang produk halal itu. Kelihatan gadis itu sangat keletihan dan tertidur. Kesian melihatnya. Entah apa yang dilemanya, mungkin sedang memikirkan masalah masa depannya (mungkin). Tertidur dia, lalu apabila sampai ke penghujung stesen itu, dia masih lena. Dan aku menyunting sebatang pen di kocek baju lalu menyentuh sedikit beg nya untuk kejutkan dia. "Sumimasen, sinjuku ni tsukimashita," aku. "Aaa, doomo arigato gozaimasu", dia (lantas bangun segera dan keluar)
Wednesday, July 7, 2010
Aura Tekanan
Dua tiga minggu ini tidur bagai bukan rehat lagi. Tidur hanya kerana letih berfikir, laku-laku kerja dan berkerah saraf minda supaya buat yang baik, terbaik dan lebih baik. Tersedar dalam gelita, kepala teringat kerja mencabar itu, dalam berat bangun sambung buat, kerah, pening, buat juga. Aduh, tekanan juga, mencabar seminggu dua, tiga dan empat lima enam ini. Tak sanggup biarkan maruah negara tercinta tergadai, lebih ketara bila hanya seorang sahaja Muslim untuk arca acara ini. Tak sabar menanti tunggu kunjung tiba bau-bauan saat tenang hampiri, datang lah kepada Ropi. Ropi sudah 2 kali tak merasa cuti panjang musim di kampus. Semua kerana gara-gara cari kursus sendiri dan merantau pergi.
Sunday, July 4, 2010
Terlupa, nasib baik ada "Si Termurah Berguna"
Kalau tidak kerana email dari Furuta-san (Pegawai, International Departmant, Tokyo University of Agriculture) dan kehadiran beberapa sms dari sahabat Malaysia ke kantung mobile "pakej termurah di Japan" ini (beli sebab bimbang emergency dari Malaysia), (jenis pakej - prepaid @ boleh terima sms dari Malaysia tapi TAK BOLEH BALAS SMS KE MALAYSIA @ klu call mahal "membadak" @ boleh call dan terima call dari Malaya @ boleh kirim sms dan terima sms dari Syarikat telekomunikasi yang sama sahaja di Japan @ perlu topup at least 3000 yen = lebih kurang RM 110, dalam masa 2 bulan), diri langsung sangat-sangat terlupa bahawa 4 Julai adalah tarikh lahir budak kampung ini. Teringat jua sabahat sekuliah di Malaysia yang sana tarikhnya dengan diri. Selamat Hari Lahir jua buat "Firdaus Slancar"-semoga panjang umur, murah rezeki, doa baik dimakbulkan, mendapat isteri solehah, dan semuaaaaa lah yang molek @ baik belaka ye. Terima kasih sahabat dan Furutan-san atas Ucapan otann jyoubi omedetou yang dihulurkan dan harapan yang digambarkan.
p/s - Kepada sahabat-sahabat di Malaysia yang pernah mendapat sms daripada saya sepanjang saya berada di bumi matahari terbit ini, sms yang dihantar adalah saya menggunakan capaian software skype di internet.
Monday, June 21, 2010
Sumpit Maut
Entahla,....... hati resah, masalah dan dugaan itu datang kunjung lagi. Berat dan jerih juga hendak di pikul. Harap cerita palsu itu TIDAK tersebar, yang tanpa di soal tanya aku dahulu. Tanggapan maut itu mampu membunuh semangat klu terlelap leka. Nampak senang sedikit setelah berkerah, mula ingin di sumpit lagi.
Tuesday, June 15, 2010
"Gurauan" Dakwat Merah Itu
Hari ini ke sebuah sekolah, melihat (observe) suasana pembelajaran pelajar sekolah di Nihon. Banyak perkara menarik yang ingin di kongsi. Kita fokus yang satu ini. Apabila aku memasuki dan "jenguk" ke dalam kelas kaligrafi tulisan kanji nihonggo, kelihatan semua pelajar diam tunduk senyap menumpu pada seni penulisan masing-masing. Di sebelah kanan mereka banyak susunan kertas berdakwat hitam tulisan yang ada sikit-sikit coretan tumpangan dakwat merah(hasil yang sudah kelihatan sempurna tetapi perlu dibaiki lagi-dakwat merah adalah pembetulan dari sensei(guru). Di sebelah kiri pula kertas hanya berdakwat hitam banyak dilipatkan (hasil yang siap tak jadi yang disedari oleh pelajar sendiri). Setiap pelajar menggunakan terlalu banyak kertas hanya untuk berlatih menyempurnakan seni tulisan kaligrafi mereka. Mereka tekun dan tumpu. Mereka tidak putus asa. Mereka senyap seribu bahasa dan hanya buat kerja. Satu ketika seorang pelajar yang kelihatan sudah yakin dengan hasilnya (setelah banyak kali diperbetulkan seni tulisannya) meluru dengan hasil barunya untuk di nilai sebelum dibenarkan meniru meloret yang lain pula, dia tampak yakin.,,kelihatan sensei sedang memeriksa, dan secara tiba-tiba si pelajar tekun itu tunduk kecewa lagi, kerana hasilnya kini hanya tercoret sedikit sahaja dakwah merah lagi, aku sempat jeling, hanya sedikit, dan dia pulang ke tempat nya dan terus capai kertas baru dan buat semula, dia masih tekun mahu hasilkan semula. Tunduk kecewa nya hanya di situ tadi sekejap sahaja, dia kembali dan terus membuat semula, tanpa rungutan. Mungkin mereka telah ditanam satu perasaan betapa penting nilai seni pada kaligrafi tulisan mereka dipelihara. Selamat berjaya wahai si anak mentah muda.
Saturday, June 12, 2010
Lanyak
Kecewa melihat, kerana ingin meletakkan sepatunye di tempat yang "baik dan paling hampir" di luar pintu masjid hari Jumaat itu, sanggup memijak kasut dan sepatu orang ramai di kawasan itu sehingga kotor, jadi cemar dan "kemek-kemek si sepatu kulit insan awal tiba". Kelihatan "insan comot" itu sangat terburu-buru ingin masuk ke masjid, tetapi apakah dengan cara memperlihatkan sikap pentingkan diri sendiri itu sesuai dengan kegesaan naluri ingin masuk ke masjid. Inilah yang dikatakan keghairahan ingin membuat kebaikan melalui jalan salah, silap dan mengguris hati insan lain. Sikap, sikap, sikap.... "boleh jadi serpih kaca"
Sunday, June 6, 2010
Selamat Pengantin Baru
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada adik perempuan ku yang baru sahaja melangsungkan maslis pernikahan dan kenduri pernikahan pada hari ini . Abang mu ini mohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama di hari berbahagia itu kerana berada sangat jauh dan tidak dapat pulang ke halaman kampung. Apapun, doa dari jauh ini semoga ada berkat dan kebahagiaan sentiasa mengiringi dan berkekalan hendaknya, Amin. Kepada Ayahanda dan Bonda, selamat menerima menantu baru, semoga kebahagiaan dan keceriaan didamping selalu. Anakanda di sini juga sentiasa mendoakan semoga ayahanda dan bonda sentiasa sihat walafiat, Amin, Amin,Amin. Justeru itu memandangkan diri tidak dapat menjamah gulai yang sudah pasti nya sedap di kampung nun di sana, maka ku telah pun naik train berjauh perjalanan pergi membeli daging kambing halal frozen food (lepas solat jumaat) di shin okubo dan ku bawa pulang, maka hari ini diri masak kerutut kambing dan sedikit kuih idaman, heheeheh. Hidup ini kita mesti pandai men"deria-ceria"kan diri dan memeriahkan suasana untuk diri kita dan orang lain. Kyou, nihonggo ga, benkyo shite orimasu kara, honno sukoshi wa, gambbate ne.....!!! Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)