*Teringat gurauan Rasulullah terhadap Aisyah semasa Baginda dan Zauj nya bertanding berlumba lari di dua usia berbeza dan dua tika berbeda. Manisnya mereka tiada tanding tara di dunia kini.
Monday, December 31, 2012
Anmum Suam
*Teringat gurauan Rasulullah terhadap Aisyah semasa Baginda dan Zauj nya bertanding berlumba lari di dua usia berbeza dan dua tika berbeda. Manisnya mereka tiada tanding tara di dunia kini.
Tuesday, November 27, 2012
Kotoba Yang Isshouni
Friday, November 23, 2012
Inoru Untuk Palestin
Wednesday, October 17, 2012
Jiran
Monday, October 15, 2012
Di Beranda Surau
Wednesday, October 10, 2012
Cinta An-Nahl @ Mitsubachi
Tuesday, September 18, 2012
Ralik-Ralik
Monday, August 27, 2012
Kemalangan @ Kootsuu Jiko
Saturday, August 18, 2012
Eid, Zauj dan Zaujah
Tuesday, August 7, 2012
MyZaujah
Saturday, August 4, 2012
Nomu Soya
Friday, July 27, 2012
Mula
Thursday, July 26, 2012
Kelmarin
Tuesday, July 24, 2012
Sutrah
Sunday, July 22, 2012
Sembelihan
Wednesday, July 4, 2012
Nota Buat Sayang
Thursday, May 10, 2012
Buat Tuan
Monday, May 7, 2012
Masih
Larian kekanak bersama wau warna warni nya tak mampu menjadi ubat rindu di pantai itu. Setiawan dari jauh buat sekuntum. Masih dipisah dek hukum suci alam.
Thursday, April 26, 2012
Cerita Angka
Tapi kelmarin bercerita kongsi pada teman tentang kisah nombor yang berlaku pada saya, lalu kebetulan pula didengari oleh insan lain disudut situ, dicatat nombor saya terkeluar dari cerita saya, kelihatan disalinnya, seakan mahu ada gaya ingin menikam nombor. Saya mula rasa resah, bersalah dan sedikit ada mungkin akan marah kiranya nombor itu ditikam judi. Segalanya kebetulan kisah benar tentang nombor datang terpa saya dan tentang cerita serta didengar olehnya. Semoga Allah sentiasa lindungi kita-kita.
Wednesday, April 18, 2012
Menanti Dibicarakan
Tuesday, April 17, 2012
Senjamaya
Thursday, April 5, 2012
Hive of Activity
Wednesday, April 4, 2012
Madu di Sukma
Sunday, March 18, 2012
Syukur
Thursday, March 1, 2012
Apil Andalan
Renungan istirehat dalam dunia amat sibuk di pelbagai petang, pagi dan sedikit malam. Bukan hanya kerna tuntutan tanggungjawab di pejabat, tapi jua dek kerna sebuah gapura yang sedang dirancang bina. Sebuah gapura indah munculkah ia Jun 2012 ini??? Gapura bakal dibina bukan sekadar biasa-biasa, tapi ai lebih kepada bersifat Apil Andalan untuk zaman berzaman tanpa sekalipun akan jerungkis kiri atau kanan.
*Terima kasih Peter James Butler di atas sumbangan anda kepada kami di sini, biarpun ditakdirkan jodoh anda bersama kami di sini tiada lagi. Rinduan Mat Salleh yang amat meminati tutur dalam Bahasa Melayu akan sentiasa diingati. Terima kasih di atas saling hormat sepanjang bersama kami di sini. Butler san wa ogenki de itte kudasai. Gambatte....
Nota*.... Apil andalan- Kubu pertahanan yang kukuh, Gapura- pintu gerbang, Jerungkis- Condong
Thursday, February 2, 2012
Kelip-Kelip
Thursday, January 26, 2012
Kota Bharu
Malam-malam rehat seorang di penginapan Wisma Kafa, agak sedikit sunyi. Lantas kerapi keluar memandu melihat gelagat manusia pelbagai ragam bicara, singgah di warung minum dan lempar senyum pada yang memandang. Itu antara rutin malam-malam di Kota Bharu kini. Destinasi antara pilihan kerap, memandu perlahan ala-ala rileks di persekitaran Hospital Kubang Kerian. Kerna saya banyak kenangan dulu-dulu di sana, soal bicara bersama sang tua-tua dan muda separa, soal disapa dari belakang oleh kenalan lama seorang muslimah baik yang kini telah menjadi isteri solehah milik si suami bertuah, soal hilangnya tapak lama pasar malam yang dulunya menjanjikan Kuih Manja Berinti Kaya lazat, dan macam-macam lagi. Ramalan mungkin 5 bulan akan berKota Bharu di sini. Berakit-rakit ku dari Hulu ke mari, berenang-renang ku kerap tak menjadi….. BerKota-kota Bharu dahulu ku seorang di sini, kerna selepas ini ku mungkin ke lain destinasi.
Imbas. Ditakdirkan Januari 2012 dijodohkan untuk bersama sebuah NGO. Mungkin peluang untuk menabur bakti sebelum merubah destinasi atau meninggalkan pergi, agaknya selepas ini. Sehari selepas temu awal di Kota Bharu, esoknya Tan Sri Presiden mahu terus bertemu kembali, maka kudrat sangkancil tua dikerah lagi ke Kota dari jauh. Malamnya pulang memandu seorang ke jauh di lubuk kampung pedalaman bersama segulung tanggungjawab berharapan.
Tan Sri mahu teruna kampung ini memikul tanggungjawab untuk Berfikir, Merancang dan Follow-up Program Pembangunan persatuan sukan ini agar kita sama-sama kecapi manfaat baik untuk semua. Saya terima dengan penuh buka hati diatas tanggungjawab dan amanah ini. Sebagai ahli akademik, saya tidak boleh lari dari tunjang teras asal. Biarpun ditanggungjawabkan untuk plan pembangunan program sukan Bola Sepak, saya sentiasa alirkan irama itu bersama isi-isian akademik, manfaat untuk pelajar sekolah dan masyarakat. Alhamdulillah, Tan Sri terima plan dan paper saya dan ia diklasifikasikan untuk charity event kelak, InyaAllah.Jauh, dalam sudut hati…saya memasang impian yang ada tetap, biarpun gembeleng terkudrat di saraf memikir, hatimahu saya sentiasa ada yakin bahawa sukan mampu memupuk silaturahim jitu dan biarpun kekadang dilihat berdifat pelik, saya akan tetap merancang pembangunan bola sepak yang seiring dengan pembanguan akademik, sekurang-kurangnya saya mahu buktikan bahawa kebajikan persatuan bola sepak mampu menyumbang kepada kebaikan untuk masyarakat.
Semoga hari-hari di Kota Bharu ini akan sentiasa terisi selagi khidmatku diperlukan di sini, sebelum bakal ku tinggal pergi.Wednesday, January 11, 2012
Warna
Rasa sangat perlu untuk bantu teman sejati ini. Lagi lebih-lebih bila dakwaan adalah dalam bentuk aniayaan. Semalam dia menaip dan menyiapkan sehingga hampir jam 1 pagi. Kami padatkan isi dan panjangkan kupasan untuk benar-benar-benar jelas, tepat. Saya mencadangkan untuk dihantar terus pada hari ini. Alhamdulillah kupasan ada dikait dengan banyak hujah berbukti, sedikit akta dan undang-undang dan menggerudi kupasan kemunasabahan relevan kepada 3 pendakwaan yang diutarakan dalam surat petang semalam.
Hati teman itu sudah pasti banyak warna kini. Kalau dulu sangat banyak warna biru muda, kelabu cair dan green pucuk pisang, tapi nampaknya kian diguris oleh warna merah biasa, merah pekat sedikit dan merun pekat merah. Kebetulan pula, saya ini hari secara tidak sengaja dipercik juga sedikit warna merah yang pertama, dalam hati, yang terbang dari lain. Warna dalam hati sedikit berubah dek khabar dari kontur koordinat beda. Mungkin hanya sedikit. Di sana teman sedang berperang dan perlukan kekuatan serta punyai banyak sabar biasa dan sabar magis. Ssdl di sini perlu kuat jirus warna lain yang tersinggah demi nyah teristimewa buat warna merah biasa itu agar pergi jauh-jauh infiniti.
Memang hebat, kalau direnung motivasi kisah mengapa angsa dicipta untuk terbang bersama dalam bentuk V di udara. Unik teristimewa. Begitu juga betapa sugoi@awesome kisah lebah-lebah dalam buatan sarang lubang-lubang pentagonya yang berjaya mereka ukur sama bentuk sama saiz sama tebal dindingnya biarpun disiapkan oleh lebah-lebah berbeza. Tapi motivasi sedikit luruh dek kerna warna ini, agak sukar terubat.
Semoga teman berjaya di sana, saya berjaya tepis di sini. Amin.