Friday, June 16, 2017

🌸 TERKINI... JEMPUT SEBARKAN

🌸MOHON SEBAR LUASKAN Kepada Semua Kenalan Anda.

Assalamualaikum w.b.r.t, dijemput untuk mengunjungi laman *TEKNIK BERKESAN PIKAT MURID CIKGU ZAM* untuk mendapatkan pelbagai info menarik. Bukan sekadar utk warga pendidik, namun sesuai utk semua masyarakat dalam memahami dan memaknakan nilai pendidikan dlm kehidupan. Sila klik untuk like dan follow; https://www.facebook.com/CikguMohdRopizam/




Tuesday, March 28, 2017

🌸 HadiahNYA

Sekarang, Yang Maha Agung sedang hadiahkan satu peluang berkilau keemasan untuk direncanakan.

Maka bersyukur 'besar' perlu dulu dipanjatkan. Perancangan Saintifik Islamik yang punyai roh holistik perlu dilakar secara sistematik. Giat usaha digerak perlu senantiasa berputik-putik.

Sabar, tabah, strong mental and emotion, fizikal adalah antara elemen asas yang perlu digabungjalin. In Sya Allah.....,dalam dunia kehidupan yang padat dengan cabaran dan ujian,....... walau merangkak, bertatih, berjalan, berlari tetap didayakan.

Ya Allah,....... khalifahMu yang lemah dan daif ini mohon agar dikekalkan kesihatan yang afiat, agar hasrat murni qalbu lemah ini berjaya dilaksanakan sebaik mungkin, sekebajikan mungkin, seberkat mungkin dan Engkau menerima ia sebagai satu ibadah dan amanah yang telah dipikulkan. Memberi dan membantu permudahkan pihak lain sungguh membahagiakan. Ia amat memberi rasa kenikmatan.

Monday, March 6, 2017

🌸 Pahang

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Rabb. Dada ini dengan lapang terbuka bentang menerima ketentuanMu dengan tawaran di tempat kerja baru. 

Ya Allah, ku rayu mohon perluaskanlah lagi dan lagi ruang dan peluang untuk hambaMu ini terus menyumbang bakti pada anak bangsa tercinta. Didiklah diri ini untuk terus tidak jemu jemu mendidik insan lain yang memerlukan. Pahang, ku hampiri pagar sempadan mu kini, sebagai destinasi baru khidmat ku ini. 

Kedatanganku pada mu adalah niat seperti mula-mula jejaki kaki ke Miri dulu, ingin ku nikmati kenangan indah mendidik secara hakiki. Seperti jua untukmu Pahang, niat ku kemari sama seperti ketika ku ke Miri.

Miri dan Kota Kinabalu, salam terima kasih ku ucapkan. Qalbu ku gembira menyimpan pelbagai kenangan indah saat saat detik durasi bersamamu dulu. Akan ku terus simpan keramat kenangan di sana. Sukar payah, senang dan tenang semuanya dalam kotak kenangan.

Pahang, saya akan datang dengan tenang......, Ameen.

Tuesday, February 7, 2017

🌸 Berbahagi

Tiga pakar mula merisik dan minta agar segera 'tangkap' peluang sambung lagi. Minta jangan berhenti, sebaliknya terus. Sama ada April, Jun atau September...,paling lewat.

Bukan, bukan tidak mahu, bukan tidak minat. Inginan berkibar berkobar-kobar. Namun, sedikit kesulitan dalam mendapatkan penaja baru. Tanpa penaja, agak sukar dengan ekonomi yang  fluctuate  tidak endah ketika.

Apapun, syukran terima kasih banyak-banyak buat penaja sedang kini, yang akan tamat berakhir Mac tidak lama lagi. Ya Allah, isi hati qalbuku...Engkau Miliki.

Tuesday, January 24, 2017

🌸 Miri

"Cikgu, cikgu selalu kan sibuk ke sana sini, kursus, seminar dan macam-macam urusan tak rindu anak-anak dan isteri ke?" tanya Hazwani Hadi. 
"Ehh...., rindu, mesti lah rindu",jawabku. 
"Abis tu selalu jugak banyak urusan, Kalau cikgu rindu dikejauhan, apa cikgu buat?", sambung Hazwani ingin jawapan. 
"Ohh...., cikgu akan call keluarga, tanya khabar, tanya makan apa.., anak-anak buat apa...emm kekadang cikgu send lagu pada isteri,....". 
"Wahhh...yer ker, lagu apa cikgu,....lagu apa, cikgu lagu apa cikgu.....?" Tanyanya semangat. 
"Cikgu suka lagu lama-lama, lagu dulu dulu....,. Contoh, cikgu akan send lagu Bungaku, Othman Hamzah....,hehe"

Kebetulan nama Zaujah hanya sekuntum bunga Dahlia. Menyusul.....,Tiada Kata Secantik Bahasa,...P.Ramle.

Laaaa, mimpi rupanya, phone masih ditangan...terlelap sekejap. Dada kaca skrin phone memaparkan lagu Bungaku yang berdurasi 3 minit 46 saat telah berjaya di sent ke kampung halaman dari kejauhan tanah besar borneo.

Tiga hari berurusan di Miri....,sambil ziarah rakan-rakan sekerja dulu, pengetua, warga sekolah, anak-anak murid yang semestinya dirindu. Terima kasih semua sahabat guru yang banyak membantu, baik-baik belaka....dan sudi terima kunjung mengunjung saya. Ada yang teman ke bandar, ada yang sudi jemput dari bandar ke padang bola, ada yang temankan makan semeja sambil imbau kenangan lama, ada yang tolong pack baki barang pindah, ada yang beri pinjam guna kereta, ada yang mudahkan urusan pos barang, ada yang tolong hantar ke airport, ada yang sudi teman berbual imbau kenangan di tepi pantai waktu malam, sudi terima kedatangan ziarah warga sekolah dan anak-anak murid dan permudahkan semua urusan. Anda semua khalifah hebat!..... Allah, ku mohon berkati usaha sahabat ku semua ini. 

Drama mimpi pula kena pada tempatnya, ketika sedang menginap terlelap di hotel dalam Miri. Titik!

Sunday, January 22, 2017

🌸 Karunia


Terima kasih Allah, kerana karunia padaku yang lemah kekurangan ini dengan banyak idea dan inspirasi di malam-malam ku berjaga. Dikau karunia ilham baru gaya ku berfikir. Dikau karunia merancang dengan lebih tenang masa depan keluarga tercinta. Dikau karunia cambah-cambah kenikmatan hidup dalam laksana kebajikan. 

Bila pepagi berembun yang aman ini, dikau karunia kenampakan impian ku ke depan. Ya Allah, sejambak terima kasih tanda syukur ku padaMu. Maafkan daku, ampunkan aku dan keluarga ku, salah silap kami disaat menumpang teduhan kasih di bumi mu ini. Kami mahu yang terbaik. Teruskanlah karunia kesihatan dan panjangkan umur kami kami, agar kasih sayang ini terus menjadi nilai ibadah kami bersama.

Ya Allah, jadikan kami yang semakin bersyukur, redha pada ujian dan kuat dalam mencapai baiki kurang iman kepada semakin jadi baik budiman.

Ya Allah, jauhi eskapisme dalam diri kami bila ujian datang menguji. Lantas berilah karunia cerdik akal pada kami. Karunia, karunia, karunia... Ameen.

Syukur pada Mu Allah. Membuka sinar baru impian ku menjadi penulis. Terima kasih well organised penerbit yang pilih buku pertama saya untuk diterbit, walaupun jadual susunan giliran terbit semakin padat. Lambat masa,namun relaku tunggu. In Sya Allah, naskah kedua dan ketiga sedang digarap rapi. Allah, aku rindui terus menerus karunia Mu.🌸Allah, I Love You So Much🌸

Monday, January 9, 2017

🌸 Menanti Terbit

Alhamdulillah....., dalam kesukaran dan kesibukan... Allah masih hadiahkan masa berharga. Allah masih kurnia sihat bernilai, Allah beri jemari bergerak menggarap tulis taip meneroka. 

263 pages telah tersedia dan sedang dinilai ahli-ahli pakar. 

Ya Allah, mohon permudahkan urusan penerbitan kotoba suto'ori pertama ini. Jari pena ku terus berlari pantas menulis lakar buku nombor 2 dan nombor 3. Mengejar masa dan dikejar ketika....., kadang-kadang ada banyak nikmat dan hikmahnya.

Allah, aku sayangkanMu. Biar mungkin tidak ku mampu menjadi pelindung kekasihMu Muhammad seperti Qatadah di medan Uhud,...pabila bebola matanya yang gugur ditolak masuk kembali oleh Muhammad dan semakin cerah lihat matanya memancar, tapi akan ku terus melarikan bebola penaku agar sedikit ilmu yang Kau hadiahi padaku ini, mampu menjadi punca kuasa empat kepada bukti khalifah ini juga cinta kekasihMu sepanjang zaman.

Permudahkan urusan ini Ya Rabb,



Wednesday, December 21, 2016

🌸 Apabila

Apabila tangan mu bersungguh mahu bersalam terima kasih. Apabila kamu-kamu nyatakan gembira bertemu. Apabila kamu luah rasa gembira memahami nikmat dibantu dan ingin membantu. 

Apabila kelopak bunga matamu kembang mengalir air. Apabila 20 biji mata kamu-kamu tepat memandangku tumpu. Apabila, Allah beri aku mula merasa...., apa dirasa kamu dalam hati kamu. Apabila kamu bertanya bila lagi kita semua akan bertemu. Apabila kamu mula bertanya pelbagai soalan untuk melakar potret baru makna hidup.... dan apabila 4 roda kereta berpusing membawa ku pulang berehat bersama menunggang pemanduan perlahan. 

"Allah......, goncangkanlah qalbuku ini....! Adakah Kau benar-benar hadiahkan aku sesuatu dalam jiwa ini...... yang kian berkelopak dan bercambah......, bahawa aku ada lampu mampu membantu khalifah-khalifah membuat ubah dan ubah? 

Ya Allah, hadirkanlah jawapan pada persoalanku ini walau dalam mimpi. Tunjukilah jalan dan lorong yang lebih luas, agar hamba mu ini bisa terus menghidu wangian nikmat menghulurkan tangan kepada diriku dan mereka.

Aku rayu padaMu....., sebagai hamba khalifah lemah.

Kalaulah.....dapatku padu hajatku padaMu..., seperti mana bersama liriknya kata doa Hijab Kekasih dendangan Encik M Nasir......

..........., malai rinduku merintih..........., Ya Allah.

Sunday, December 11, 2016

🌸 Detik Pulih

Termenung,.............. bila kau katakan hidupmu lebih aman dan tenang. Termenung,.......... bila kau luahkan  damainya beda kini bila solatmu kian dijaga.

Kini, kamu mampu imami sahabat-sahabat baru. Kini, zikir melekat cair basah dibibir qalammu. Ketahuilah, qalbuku ku salju dengan cerita-cerita mu.

Biar dirimu sedikit dikurung, namun hakikatnya kamu sedang dibendung oleh Allah Maha Agung. Detik-detik durasi bersamamu, indah nian untukku. Intailah tetingkap Soleh, jenguklah tirai Solehah. Pena dakwatku katakan, "Allah sayang kamu".

Wednesday, November 30, 2016

🌸 Beda Dua Notis

Insan hebat Muhammad telahpun menunjukkan banyak contoh dan hikmah, betapa sukarnya menyatakan kebenaran, menyebarkan kebaikan dan berdurinya hati dicucuk disaat menghulurkan manisan madu sebuah kongsian makna kehidupan. Kesabaran pekat diperlukan........
 
Disalah tafsir lebih ungguli dari direnung ambil baluti diri. Adakalanya manusia merasa mereka seperti terlalu hebat dan terlupa sekejap memandang ke tanah coklat bila mendongak kelangit biru. Seperti diterpa jendela Grandiose delusion.

Ada pula yang sanggup saban hari menebalkan bilangan muka surat buku catatan lakonan penipuan kepada pasangan sah nya, demi bergayut berantai pada pasangan orang. Kasihan anak-anak kecil, derita perasaan pasangan tiada terbela. Seperti disulam Erotomanic Delusion pada salur lung jantung.

Terus senyap kah sang khalifah pendorong? Dimana motivasimu untuk terus mengorak langkah maju bersama pesanan Muhammad yang tetap merindukan ummatnya disaat-saat akhir riwayat hidupnya. Muhammad telah tunjuki contoh hebat, disaat Abu Talib bapa saudaranya dihembusan nyawa akhir........ Muhammad tetap bermotivasi ajari ucap Syahadah walaupun dihunjung nyawa. Abu Jahal rakan karib Abu Talib turut ada disisi untuk terus hembus hasutan agar kekallah kamu dalam agama nenek moyang mu yang diwarisi.

Kalau si penyampai notis kesesatan sanggup bekerja sehingga ke hujung perjalanan. Maka......... "Mengapa tidak bagi pembawa NOTIS KEBAIKAN......?"