Wednesday, April 18, 2012

Menanti Dibicarakan

Di kala menanti saat bahagia untuk Diijabqabulkan semakin tiba dan bakal menerima jemputan jelajah daerah baru, InsyaAllah, dan disaat menanti samada bakal dipilh sebagai penulis fenomena penganjuran Olimpik London dan InsyaAllah akan diterbangkan ke sana selama sebulan (sekiranya ada rezeki dipilih), ujian dari Yang Maha Esa datang menerpa ke dada diri. Amat perit untuk ditempuhi, difitnah lagi dengan pelbagai taburan pendakwaan.

Kelmarin CEO menghubungi dan menyatakan saya bakal dipanggil untuk diadili dan clarification. Janji mereka akan adili sebaik mungkin buat saya dan seolah macam yakin kebenaran di pihak saya. Apa-apa pun keputusan sedikit masa lagi, saya akan redha dengan ujian dan ketentuan Illahi. Semoga hikmah berbondong mendatangi saya kelak, InsyaAllah. Apa-apa pun, buat masa ini saya akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang dilantik. Adakah menjalankan dan menguruskan program mega kerjasama dengan SME Corp hujung bulan ini adalah projek plan terakhir saya dalam amanah bermula Januari lalu sebagai perancang pembangunan program di sebuan NGO ini. Biarpun mereka bakal menyebelahi saya, tapi tiada akan tipu didada bahawa hati sudah kian tawar. Qalbu mana tidak terluka andai madu sesudu dihulur sudi, semangkuk cebisan kaca halus dibalas beri. Terima kasih pihak yang know the true and full version story. Cikguzam akan tiada putus asa, InsyaAllah. Terima kasih kepada Keluarga tercinta, bakal isteri tersayang dan sahabat handai teman-teman yang dikasihi sekalian. Aishiteru.

4 comments:

Teku said...

bakpo ccaro tu? best nya buleh gi Olimpik London gak...

Cikli said...

maso carro tu, jange keccek bunngo, nanti orang tak faham. straight to the point.
semoga dilindungiNya.

Werdah said...

Assalamu'alaikum Zam

Tahniah atas perkara yang baik dan jika ada ujian harapnya dapat pertolongan.. tentu ada hikmah di sebalik segala-galanya..

Semoga dipermudahkan segala urusan.. amiin

kak ijan said...

Assalamualaikum cikgu,

Pertama sekali, kak ijan ucapkan tahniah kerana bakal melangsungkan perkahwinan. Kak ijan jugak doakan agar cikgu terpilih untuk ke London bertugas. tentulah menjadi kenangan amat bermakna buat cikgu.

Berkenaan ujian yang cikgu hadapi, kak ijan harap cikgu bersabar. InsyaAllah Allah akan sentiasa menolong hambanya yang benar. All the best to you!