Wednesday, January 11, 2012

Warna

Di sana dari jauh seorang teman sejati menyiapkan laporan penjelasan atas dakwaan tidak adil. Kes berlaku Disember lalu, hampir selesai tapi ditimbulkan semula awal petang semalam. Petang dan malam semalam kami berbual dari jauh by phone kurang lebih 48 minit.

Rasa sangat perlu untuk bantu teman sejati ini. Lagi lebih-lebih bila dakwaan adalah dalam bentuk aniayaan. Semalam dia menaip dan menyiapkan sehingga hampir jam 1 pagi. Kami padatkan isi dan panjangkan kupasan untuk benar-benar-benar jelas, tepat. Saya mencadangkan untuk dihantar terus pada hari ini. Alhamdulillah kupasan ada dikait dengan banyak hujah berbukti, sedikit akta dan undang-undang dan menggerudi kupasan kemunasabahan relevan kepada 3 pendakwaan yang diutarakan dalam surat petang semalam.

Hati teman itu sudah pasti banyak warna kini. Kalau dulu sangat banyak warna biru muda, kelabu cair dan green pucuk pisang, tapi nampaknya kian diguris oleh warna merah biasa, merah pekat sedikit dan merun pekat merah. Kebetulan pula, saya ini hari secara tidak sengaja dipercik juga sedikit warna merah yang pertama, dalam hati, yang terbang dari lain. Warna dalam hati sedikit berubah dek khabar dari kontur koordinat beda. Mungkin hanya sedikit. Di sana teman sedang berperang dan perlukan kekuatan serta punyai banyak sabar biasa dan sabar magis. Ssdl di sini perlu kuat jirus warna lain yang tersinggah demi nyah teristimewa buat warna merah biasa itu agar pergi jauh-jauh infiniti.

Memang hebat, kalau direnung motivasi kisah mengapa angsa dicipta untuk terbang bersama dalam bentuk V di udara. Unik teristimewa. Begitu juga betapa sugoi@awesome kisah lebah-lebah dalam buatan sarang lubang-lubang pentagonya yang berjaya mereka ukur sama bentuk sama saiz sama tebal dindingnya biarpun disiapkan oleh lebah-lebah berbeza. Tapi motivasi sedikit luruh dek kerna warna ini, agak sukar terubat.

Semoga teman berjaya di sana, saya berjaya tepis di sini. Amin.

2 comments:

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam,
Merah sering dikaitkan dengan sesuatu yang merangsangkan.Ia merangsangkan sistem badan dengan terlalu kuat dan mengakibatkan suhu badan meningkat dengan cepat, tekanan darah meningkat, emosi gelisah ataupun jadi marah dengan mendadak dan sebagainya. Untuk badan yang tidak sihat, kesan ini memudaratkan dan memperlahankan proses penyembuhannya.

Warna putih boleh melembutkan kesannya. Kalau dlm urusan hati, lembutkan kemerahan yg ada dengan putihnya air..sebaiknya air wuduk.

Semoga dugaan yg mendatang dpt diatasi dgn ketenangan..

CikguZam said...

Salam Shaniza,
Terima kasih banyak-bayak Puan. Today, saya belajar satu ilmu baru. Terima kasih terima kasih terima kasih saya ucapkan. Semua yang dikongsikan sangat saya hargai dan hormati. Bersama kita dan masyarakat hidup saling respect each other. Semoga puan sekeluarga dikurniakan kenikmatan hidup yang hakiki, Amin.