Tuesday, December 6, 2011

Pemanduan dan Pencarian

Minggu sebelum itu semai sedikit benihan sayur tamu. Minggu lalu 5 hari jadi pemandu. Tolong pandukan buat mereka. Memandu kereta atau kuruma o' unten shimasu ke Kota Johor.

Membawa sekeluarga pakcik itu untuk bertemu anaknya di daerah selatan bumi tuah kita. Di celahan 5 hari itu, Alhamdulillah kerna Allah bolehkan masa untuk hamba ini ziarah beberapa kenalan yang sedang sedang masih dilanda uzur yang berbeda. Membawa pakcik menjalani hemodialisi secara tumpang dua hari di sana hasil selangan, kemudian singgah di rumah Wak Mbahh neneknya Tuan Hamdan yang sedang dilanda sakit lumpuh yang terus dijaga jujur rapi oleh Wak Minah, seterusnya melawat Tuan Lukman H yang masih dilanda ujian pandangan pancaindera yang langsung tidak bisa menerpa raut apa jua wajah di depannya. Tapi sikit-sikit, gembira lega kerna Tuan Lukman H nampaknya Alhamdulillah semakin sihat dan semakin 'berisi dan tinggi' kini. Cuma yang masih sedih adalah matanya, ya matanya celik tapi pandanganya gelita.

Semoga Tuan sentiasa bersabar dan berdoa.
Hamba yang daif ini akan tetap panjat-panjatkan doa buat tuan. Semoga sinar sembuh kian hampir, dan membondong bondong lagi banyak nikmat buat tuan di masa depan, Amin. Ohya, teringat pula berita bondanya Cik/Puan Ainsyah yang rasanya baru selesai pembedahan. Juga semoga cepat-cepat baik, nyembuh dan genki desu. Lihatlah alam fana, wajah Lukman H itu, semoga ceria minggu semalam itu adalah tanda kepada 'durian runtuh' nikmat yang bakal didatangkan padanya. Shitsurei shimasu.

*Terima kasih jua diucapkan kepada gadis kelantanese tudung labuh kulat-kulat yang menghadiahkan saya sehelai kopiah putih bercorak bunga mudah, sebelum berangkat pulang dari kembara pemanduan dan pencarian 5 hari ini. Arigatou ne, genkide.

6 comments:

Cikli said...

i smell nasi beriani is coming.
gadis bertudung labuh ye cikgu. sugoi desu.

Werdah said...

Assalamu'alaikum cikguZam

Lama tak singgah n chat..

CikguZam said...

Salam Cikli,
Alhamdulillah syukur rasa, "Pusingan pertama macam dah selesai". Amin. I am looking for the next,,,,,,,,

Salam Makcik Werdah,
makcik apa khabar? Harap dan saya doakan semoga makcik sentiasa sihat walafiat. Bagaimana dengan rawatan makcik sekrang??? Ohya, saya yakin makcik masih sentiasa mengunjungi kuliah di surau itu. Semoga kebahagian terkurnia kepada makcik sekeluarga. Amin.

kak ijan said...

Wah ucapan yang perenggan terakhir tu bunyi nya istimewa. Bila agaknye ye cikgu :D

CikguZam said...

Salam Kak Ijan,
Emmm InsyaAllah selepas 2011, hehhhe (",). Semoga Mikael sentiasa sihat dan memmbesar dengan baik, InsyaAllah

CikguZam said...

Salam Kak Ijan,
Emmm InsyaAllah selepas 2011, hehhhe (",). Semoga Mikael sentiasa sihat dan memmbesar dengan baik, InsyaAllah