Wednesday, December 28, 2011

Kerna Travelog

Senipis konjuktiva paling muda, tapi mungkin lebih tebal dari iman kita yang paling berusia. Macam juga dermaga kapal dan perahu pasti lebih utuh jitu kalau ada modem penyambung antara dua dermaga. Mencari travelog itu.

Pada awalnya mungkin satu kebetulan tidak bertemu. Walaupun puas diredah di beberapa buah HonYa (Kedai Buku). Dari Tanah Rendah Sekebun Bunga hinggalah seluas kota pusara lama. Ironinya kebetulan sukar jumpa, biarpun dikhabarkan merata dimana-mana. Sehinggalah qalbu memilih untuk menempah dari sebuah honya di Tanah Rendah Sekebun Bunga. Panggilan masuk ke telefon membawa berita travelog yang ditempah sudah ada. Lantas hati mahu terus gegaskan kancil tua menjemput travelog di sana. Terima kasih buat seorang Pakar Cara Fikir Terkemuka yang jauh di sana atas nasihat dan bagi semangat pada insan lemah di Tanah Rendah Sekebun Bunga. Ketahuilah wahai Tuan Pakar, bahawa saya telah jumpa melalui tempahan sahaja kerna berlaku sedikit cerita berironi semasa mencari cara biasa. Shinsetsu sensei wa, arigatou gozaimasu. Kepada jurujual Osman Muda HonYa juga, arigatou ne……

Mungkin sebab itu Pakcik Lewis Walker pernah berkata lebih kurang berbunyi “Apabila anda’ berniat’ hendak memiliki sebuah kabin di atas bukit suatu masa nanti, maka “suatu masa nanti” adalah kabur dan “bukit” juga sebagai kabur. Jadi jika anda benar-benar mahu, maka tetapkan di atas’ bukit mana’ dan berapa kos bagi mencapai impian tesebut. Tambahnya kos kabin pada masa sekarang mungkin berbeza dengan kos 5 tahun akan datang. Dan pakcik Lewis ini membuat kesimpulan bahawa jangan buat matlamat dan sasaran yang kabur. Dan ini sekaligus menceritakan bahawa Pakcik Lewis ini bagai mencedok teori yang sekian lama lebih kurang 1400 tahun dahulu telahpun dicipta Muhammad junjungan desar dengan kata-kata “Sesungguhnya setiap amalan mestilah dimulakan dengan niat”. Ya, niat mestilah jelas, betul dan tepat sebagaimana betapa signifikan dalam kita membezakan antara Adaptif dan Munafik.

Semoga ayat-ayat dalam irama mirai (masa depan) yang berbunyi… Yume wa itsumo sora takaku aru kara (Impian kita selalu tinggi di awan) akan ternyata dan terkesan, kerna andai kita jatuh, Allah akan tetap bersama kita asalkan kita sentiasa ada Syukur dan berkata…… akirametakunai!!!!

* Akirametakunai - Saya tidak mahu putus asa

* Ya Allah, tunaikanlah hajat ini...Rainen made ni Watashi no ryouko no miyage banashi wa shuppan shimasu..... InsyaAllah, Amin.



7 comments:

cikmanggis said...

Alhamdulillah makcik pun dah habis khatam buku ini..banyak pengajaran serta keinsafan dari buku ini.Hari ini selesai baca buku Travelog Cinta abadi oleh Roza Roslan...cari lah buku ini..simple tapi banyak kenangan persamaan....

Werdah said...

Assalamu'alaikum cikgu Zam

Alhamdulillah, Makcikpun dah beli edisi lama, kulinya lain sikit dan tidak ada vcd.. banyak panduan di sana dalam menjalani kehidupan.. letakkan cita-cita dan harapanmu di tempat yang tinggi dan cuba mencapainya.. (suka quote itu)... sesekali sebut kepada anak didik suatu masa dulu..

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Dah baca buku ni, pinjam di perpustakaan sekolah. Memang bagus dan amat berguna utk semua..
Teruskan berusaha, insya Allah berjaya.

Pn Kartini said...

Salam cikgu Zam:)

Pernah baca juga..pinjam dari kakak..tapi rasa cam nak cari buat koleksi peribadi..sbb mmg menarik isinya..memberi satu motivasi & panduan buat kita!

:)

kak ijan said...

Salam Cikgu,
Selamat tahun baru cikgu dari kami disini. Semoga tahun baru membawa rahmat dan keberkatan buat kita semua insyaAllah.

Anonymous said...

salam.
best tak buku tu?
teringin nak baca gak.

Cikgu Zam said...

Salam Cik manggis,
Ok thanks Puan, InsyaAllah saya cuba usahakan sekiranya berkemampuan. Semoga makcik sekeluarga sentiasa sihat.

Salam Werdah,
Thank makcik, sudah lama tak mendebgar khabar makcik di sana. harap sihat sentiasa, Amin

Salam Shaniza,
Aminnnnn, terima kasih banyak-banyak Puan. Semoha kejaayan milik semua.

Salam Pn Kartini,
Ya bagus tu, saya sangat setuju sebvab mungkin kita boleh tolong orang lain pada masa akan datang , InsyaAllah.

Salam Kak Ijan,
Semoha keluarga kak ijan juga sentiasa mendapat rahmat dari Allah, Amin.

Salam Anonymous,
buku ni menarik, banyak ikhtibar dan dapat kita renung utk hadapi masa-masa mendatang, InsyaAllah. Selamat membaca.