Wednesday, September 21, 2011

Dukung Rasa

Perjalananan seharian solo memandu 2 jam 20 minit ke Kota Bharu kelmarin punya pelbagai makna. Selesaikan urusan tertangguh 8 hari sudah. Menghabiskan petang dengan menyinggah ke beberapa lokasi. Mungkin antara pilihan untuk power nap selain mengamalkan day napping.


Dua butik busana muslimah antara pilihan premis yang dihabiskan agak banyak masa juga. Melihat, memilih, merenung dan kalau tidak silap sedikit tersenyum. Pelbagai pilihan jubah muslimah cantik. Lebih-lebih yang berwarna putih bercorak sulam serta labuci dan cream colour juga berlabuci dan sulaman indah. Sangat cantik dan sesuai jika dihadiahkan kepada gadis untuk majlis pertunangan…toomoiimasu. Tapi mungkin……………ya, melepaskan dahulu busana-busana itu adalah jawapan terbaik kini dan beredar dari butik itu dan terus memecut laju. InsyaAllah, kiranya ada rezeki dan jodoh, akan ku lakukan terindah yang terbaik termampu qudrat suatu hari nanti. Buat si muslimah yang dijodohkan nanti, InsyaAllah, Amin Amin Amin.


Hampir senja bertolak pulang dari Kota Bharu lama itu. Sedikit sesak di jalanan dan ini yang sedikit semua orang kurang mahu. Separuh perjalanan bertemu sudah malam dan pemanduan sedikit perlu diperlahankan kerna ada sedikit letih terkurnia. Memandu jauh keseorangan di waktu malam agak sedikit membosankan namun antara saat terbaik untuk imbau kenangan. Lagi indah ditemankan dendangan dari suara radio berputar yang dihantar dari gelombang tanpa prangko.


Ya Allah, aku mendambakan panjat doa-doa hati padaMu, siang dan malam, petang dan pagi, senja dan dinihari, tanpa rasa sekelumit tanda-tanda bosan dalam hati. Menanti sinar yang akan datang dalam ketabahan. Ketabahan yang ada kaitan rasa seperti mana peritnya ku merantau dulu di bumi orang. Kurniakanlah teman hidup setabah Zulaikha yang kuat azam solehahnya, begitu jua bertuahnya si suami Fadhlina yang cerdik bijak menjaga aurat dan rumahtangga. Fadhlina sahabat lama.


Lewat malam tiba, di dukuh halaman. Alhamdulillah selamat perjalanan.


* Prangko = setem / dalam Bahasa Jepun setem adalah “kitte”.

5 comments:

Cikli said...

kalau butik muslimah yang menjadi pilihan. memang nak dukung anak la cikgu, cukuplah mendukung rasa.

Cikgu Zam said...

Salam Cikli,
Terima kasih di atas doa dari tuan. Bersama kita mendambakan yang baik-baik. Doa dari tuan sangat saya hargai. Semoga ada berkat dan mustajab, Amin Amin Amin. Ermmmm.....lagi cepat lagi bagus kut, InsyaAllah. Gambarimasu!!!!!

fazelah said...

tahniah sahabat...
saya doakan kamu bertemu dengan jodoh mu yang solehah dan sentiasa berbahagia.

kak ijan said...

Siapa Fadlina tu cikgu? 'kawan lama' ke? :D

kak sue said...

salam zam..
lama kak su xsinggah sini..kak su rasa kak su kenal fadhlina..
kak ina yang sweet..