Saturday, August 6, 2011

Frangipani Putih


Terima kasih di atas setia kasih sayang mu sahabat itu yang biarpun di saat aku susah dulu sebelum kembali sambung musim jelajah ilmu tapi kamu setia kenali diriku. Yang tidak anjak berubah sikapmu. Yang bercambah seperti skala sebelum. Yang sebenarnya dirimu mampu olehi yang wali hebat-hebat dan bukannya aku yang sekadar Si pencari sekerap tongkol-tongkol berbau. Yang terus kau berikan semangat murni kerap acap-acap. Yang kamu seolah tahu akan perubahan bakal aku terlaku. Yang semacam kamu faham rancangan murni aku dalam sepi belakang tabir putih di saat orang-orang sinis ejek akan aku.


Yang akhirnya aku tahu betapa harga kuntum yang itu. Yang juga menjadikan aku mampu belajar perkara baru iaitu menilai banding beza orang-orang yang memberi sesuatu sumbangsaran macam ikhlas sangat-sangat tapi mengharap amat balasan berlebih-lebihan yang sebenarnya telah dilayan tapi apabila masih tidak mampu melunaskan nafsu memperajakan dia, maka yang ulung bekasan ejekan dianggap lupa daratan. Yang sebenarnya transparensi kepada Al-Wajhu diri dia-dia tu. Kalaulah kamu melihat dengan mata warna bunga daisi, bunga bakawali, bunga melur, bunga serombong dan bunga frangipani….memang benar putih belaka warnanya, tapi bilangan kelopak dan coraknya ada beda. Begitulah hati-hati manusia, mungkin ramai berwarna putih niat baiknya sama, tapi cara luahannya tak sama.


Oh seimbangnya kelopak putih frangipani yang berlima. Jua betapa pentingnya harga bagi sebuah dokuritsu shita.


*dokuritsu shita (independent)


5 comments:

makcikmanggis said...

selamat berpuasa buat anakanda Zam.Semoga sejahtera selalu.

Cikli said...

independence ne

Anonymous said...

x pernah plk dgr name bunga yg cikgu sebut ni..('',)
nt cikgu blh bt kelas bunga ni.heheh

NzA said...

salam ramadhan cikgu zam.

Cikgu Zam said...

salam makcikmanggis,
Selamat berpuasa buat makcik sekeluarga. Semoga dalam keberkatan Illahi, InsyaAllah.

Salam Cikli,
Anata mo....to'omoiimasu.

Salam Dahlia,
Frangipani adalah bunga kemboja.

Salam NZA,
Selamat berpuasa juga diucapkan kepada puan sekeluarga.