Wednesday, July 20, 2011

Tiada Yang Gharib

Kaca mikroskop dari corong senja sepi petang semalam.Setelah terlelap dan terlupa untuk alihkan jemuran kopi yang pagi. Ya, sengaja ingin rasa cuba membuat kopi sendiri cara tradisi sebelum tamat singgah sini dan pulang ke kampung pada tengahan Ramadhan nanti. Jelita jiwa mahu cebur rasa bagaimana agaknya susah yang tuan dulu-dulu "bancuh biji kopi kampung" ala sendiri. Terima kasih buat Makcik Minah (bukan nama penuh sebenar) yang tolong alihkan orak-arik bijian kopi-kopi petang tadi.


SSDL benar-benar terlelap letihnya urusan tengah hari tadi sehingga dijemput mimpi yang kalau tidak salah lupa seakan macam peristiwa satu hari di Tokyo dulu baru. Tiada apa yang gharib lagi apabila malah mungkin doa Jumaat pertama di bumi Tokyo itu menemukan aku yang asalnya seorang di sana ditiba-tibakan temu insan-insan Malaya yang ramai dan ciri baik baka belaka.Biar jauh beda rumah tapi bertemu jarang-jarang sudah cukup untuk membina jerami ukhwah itu. Lantas termenung dan teringat satu peristiwa bagaimana Islamic Explorace anjuran sendiri kami berjaya di seluruh pelusuk Tokyo itu. Hanya beberapa gambar paparan soalan itu yang antara pengisian lari-lari kami dalam menghabiskan seharian memoir itu sehinggalah teringat kembali lelap letih tadi. Thank You Allah. Subete no tomodachi ni, arigatou gozaimasu.


*Kisah dramatik Ropi dan biji kopi akan bersambung siaran..............


Antara beberapa cebis gambar kenangan Explorace Tokyo itu.


Biji Kopi Basah Kelmarin


Biji Kopi Separa Kering Semalam

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Memori semalam memang indah bila dikenangkan.

Tentang buat kopi sendiri ni, dulu masa akak masih bersekolah, ada saudara yang buat kopi cara kampong ni. Masa tu ramai budak2 muda yang kelapangan akan ambik upah tumbuk kopi yang dah digoreng, dicampur mentega dan dicampur gula.

Kopi2 tu ditumbuk, diayak dan dijual. Miss kopi buatan sendiri sekarang ni. Sekarang semua dah pakai mesin.

NzA said...

mesti sedapkan hasil titik peluh sndiri..tiba-tiba rasa nak minum kopi....

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam cikgu zam..
Baru je pekena kopi 7 in 1... di Jepun kopi apa yg best?

Cikli said...

sedap nampak biji kopi tu cikgu. ranum dan harum.

Pn Kartini said...

Assalamualaikum:)

Akak 2-3 menjak nii suka jgk minum kopi.....tapi tak dekk laa nak buat sendiri...:)kiranya rajinlah cikguZam kita nii...:)

Solehah said...

tak pernah tengok orang buat kopi lagi..biji kopi tu dapat daripada mana?
explorace best ditambah ada pengisian yang bagus macam tu.

Anonymous said...

salam .ohayo gozaimasu..
bestnye duk jepun.
bila la nk rasa bunga sakura jth kt dpn mata..
kopi cikgu zam ni jenama ape lak.hehehe

kak ijan said...

salam Cikgu,
Indah bila terkenang memori bersama kawan2 kan. Tentunya gambar lah yang menjadi kenang kenangan :)
Rajin cikgu buat kopi from scratch. kak ijan pernah jugak terbeli biji kopi, padahal nak beli serbuk kopi :D

Cikgu Zam said...

Salam Kunang-kunang,
Ya, terima kasih banyak2 makcik. Kenangan banyak mengamit indah menjadi terkesan lama.

Salam NzA,
Saya juga antara peminat kopi ni hehehe,

Salam Shaniza,
Emmmm di Jepun saya lupa kopi apa yang best, tapi banyak jenis juga yang boleh diminum saya cuba.

Salam Cikli,
Ya, lihat biji kopi yang cantik mungkin boleh tambah feeling semasa minum kopi.

Pn. Kartini,
Emm takdelah rajin sangat pun, sekadar mengisi masa-masa ada yang terluang heheehhe,

Salam Solehah,
Biji kopi diambil dari jiran rumah sewa saya yang ada pokok kopi, jiran say ni baik sangat2. Jadi saya diberi buha kopi basah untuk belajar proses kopi sendiri, so, ssaya cari pengalaman buat dari awal la kirenye...dari buah kopi basah. InsyaAllah saya akan kongsi kisah keseluruhan nanti, dari awal hingga akhir termasuklah kisah mesin kopi lama@tradisi.

Salam Dahlia,
heehehe, InsyaAllah ada rezeki dapat ke Jepun nanti ye, banyakkan bersabar dan kuatkan berdoa, InsyaAllah ada masa dan rezeki nanti. Emmrrrmm kopi Jenama Dahlia boleh?? (",) hehhe, gurau je...

Salam Kak Ijan,
Ye, sangat indah kenangan bersama kawan2. hahahahhahaha menarik pengalaman kak ina tu, mampu bawa saya ke alam senyum mnnyeyum (",)