Monday, June 20, 2011

Cuti dan Imbau

Alangkah berwarni nya warna andai saat ku sakit senak perut ini…tapi masih mampu jadi tukang sapu jarak jauh baru sisa tsunami lalu. Terpaut ingat rasa rindu pada kala sakit di Nihon lalu, ya….dibanding beda, nyata sungguh berbeza rasa sakit serupa itu di sini dan fenomena di Sakuragaoka, jika dibanding seorang diri pada Ramadhan lalu di rantau terbit cahaya itu. Terima kasih buat tuan M.A kerana lampir slip MC buat saya hari ini. Tidak bertemu gakusei lah pada hari ini.


Terima kasih yang tinggi harga juga saya bujurkan buat CIP TUA, JAPAN kerana sudi pos kan buat saya sebuah buku tentang persidangan dan symposium kita, dan frame gambar edisi Tokyo Nodai, serta kepingan gambar penting itu, terus ke alamat ceruk kampung saya baru-baru ini. Alhamdulillah dan terima kasih kerana faham selami, tahu erti, pandai nilai maksud ukhwah impian agama saya walau pada kamu yang tiada agama. Arigatou kerana menyahut tali silaturahim yang saya panjangkan. Ya Allah, kuatkanlah iman hambaMu yang lemah dan cukup daif ini.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum CikguZam,

Semoga dah sihat.

Cikli said...

kawan ibarat superman. bila kita kata help, dia menerpa datang.

Cikgu Zam said...

salam kunang-kunang,
Terima kasih banyak2. saya hargai dan iktiraf sokongan dari puan.

salam cikli,
hahhhha (dah sihat,,, Alhamdulillah). Saya sentiasa mahu terbang memberi bantuan pada insan2 baik dan bukan pada yang "bermuka-muka". Terima kasih tuan.. (",)