Saturday, July 10, 2010

Gadis Itu

Drama dalam densya (train). Selepas solat Jumaat, hayun kaki seorang ke eki (train station) dan kooardinat aku adalah berdekatan (di hadapan) gadis itu menuju ke penghujung stesen sebelum perlu tukar densya untuk ke gudang produk halal itu. Kelihatan gadis itu sangat keletihan dan tertidur. Kesian melihatnya. Entah apa yang dilemanya, mungkin sedang memikirkan masalah masa depannya (mungkin). Tertidur dia, lalu apabila sampai ke penghujung stesen itu, dia masih lena. Dan aku menyunting sebatang pen di kocek baju lalu menyentuh sedikit beg nya untuk kejutkan dia. "Sumimasen, sinjuku ni tsukimashita," aku. "Aaa, doomo arigato gozaimasu", dia (lantas bangun segera dan keluar)

14 comments:

cikmanggis said...

wah dah fasih berbahasa Jepun ya:) baru balik dari menghadiri kenduri di dewan banquetUPM..tetiba teringat eh..cikgu zam belajar sini kan...

Cikli said...

salam,

macam episod pertama permulaan suatu kisah cinta yang agung.

Abd Razak said...

Salam...

Mahu rasanya mendengar kisah lanjutannya..

Cikgu Zam said...

salam cikmanggis,
terima kasih keran sentiasa sudi memberi komen,Ya, saya pelajar UPM tahun akhir, tetapi buat masa ini saya berada di Japan utk selama & bulam (International Exchange Program) dari April hingga hujung Oktober, saya akan kembali ke UPm semula utk tempoh singkat terakhir di sana dan InsyaAllah akan bergraduat pada tahun hadapan.

salam Cikli,
terima kasih kerana melawat saya di laman SSDL ini, saya sudah juga melawat lama cikli dan sangat menarik lebih2 bertemakan 5 sebelum 5 tu, Semoga ikatan ukhwah terjalin natara kita, Amin
emmm, adakah ia episod cinta ??? (",)

salam Abd Razak,
terima kasih juga kerana sudi bertatang di lama usang SSDL saya ini, kelihatan wajah blog Tuan sangat menarik dengan kisah yang dipaparkan sangat bernilai.
Ohya, mungkin kisah seterusnya akan dikarang suatu masa nanti (",)

Idalara said...

betul..mcm drama jepun winter sonata...
ada sambungan tak..

Cikgu Zam said...

salam kak,
sambungan nye pendek je .... ("<)

Anonymous said...

salam..
wah dh fasih bahase jepun, br bape bln kat sane.
ehem2...pertemuan dlm train mcm dlm drama je.
bwk balik puan jepun la nmpknye.hi2

piewahid said...

salam utk suadara seagama diperantauan,
moga tabah slalu & dpermudahkan urusan.

insyaAllah bawa pulang pengalaman2 berharga utk anak bangsa.

NJ said...

Salam cikgu zam..
terimakasih kerana sudi jenguk rumah kak N...akak kembali kerana rindu pada blog..dan disini saja tempat kita blogger meluahkan perasaan untuk dikongsi sesama blogger yg sudi...

Kena curi2 masa jugak pun..sbb masih byak yg lebih utama didahulukan..semoga zam sihat diperantaun dan timba ilmu sebanyak yg boleh dari pakar org jepun tu yer..dan selamat kembali oktober ni yer..jgn lupa ole2 akak...(hehe gurau je...)

@xiM said...

salam cikgu zam..

betul..setuju dengan orang lain..adakah ini satu kisah permulaan cinta agung?hehehee

azian said...

Insan berhati baik tidak kira di mana jua pasti akan berlaku begitu.
Tiada salah jika Sakura berbunga di hati jika itu takdir permulaan sebuah cerita.

Cikgu Zam said...

salam Dahlia,
alaa sikit2 je, tak fasih pun, sekadar mencuba2 sahaja. Jodoh ketentuan Allah, kita cuma berusaha di jalan yang sebaik mungki sahaja, harapnya mendapat jodoh yang baik, Amin.

salam Piewahid,
terima kasih tuan, InsyaAllah saya akan cuba bawa abalik apa yang sepatutnya dan yang sempat saya pelajari sepanjang masa yang singkat saya di sini, saya mmg sedang berusaha utk mebuka peluang kepada anak bangsa, tetapi cabaran sentiasa ada, dugaan di mana2 dan saya sedang utk cuba harungi,

salam NJ,
menjadi amalan kita ziarah-menziarahi dan bertanyakan khabar berita, semoga ikatan ukhwah yang terbina dapat direalisasikan ke jalan yang baik dan diredhai, InsyaAllah,

salam @xim,
alamakk..... mcm mane ni, risau saya, hhhihihi, macam mane ye kisah permulaan cinta yang agung tu, pelum pernah saya lihat (",)

salam kak zian,
hihihi, bermadah sungguh ayat akak, teruja saya mebacanya, emm bunga sakura sudah menghilang diri 2 bulan yang lalu kak, perlukah saya terus menanti???

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Lepas ni boleh tulis novel berlatar belakangkan Jepun..
Mudah ke belajar bahasa Jepun?

Cikgu Zam said...

salam kak shaniza,
InsyaAllah saya akan berkarya,
emm bahasa Jepun susah jugak nak belajar, saya pun merangkak gak ni, hihihi, sbb grammer die mcm2 gak, ditambah lagi dgn seni kanji nya yang sangat "menghiburkan minda". tapi klu usaha berterusan dan sedikit bersabar, InsyaAllah boleh kuasai, semua ini makan masa