Wednesday, May 5, 2010

Terima Kasih Dr.Inaizumi

Terharu dan banyak-banyak berterima kasih kepada My Supervisor kerana sentiasa bertanyakan tentang saya masa saya ingin solat semasa lawatan ke Tokyo National Museum (bagi menjalankan pemerhatian terhadap sejarah perkembanagn pendidikan Jepun). Sejak di Chitose Funabashi Station, beliau sudah tanya dan macam bimbang klu aku tidak dapat solat, dan semasa dalam train beliau masih lagi tanya dan sentiasa mengambil berat tentang itu. Katanya "amat penting kan awak untuk solat dalam kehidupan awak sebagai muslim?-terjemahan melayu". Hati ini sangat terharu, dan akhirnya aku menunaikan solat zohor dalam museum kerana aku sudah bawa sejadah dalam beg dan kompas kiblat. Walaupun orang ramai lalu lalang lihat tetapi aku hanya buat tak endah sahaja, kerana yang penting solat wajib dilaksanakan. Dr. Inaizumi ini mmg sangat bagus sbb beliau juga sentiasa menawarkan aku untuk solat di dalam pejabat di bilik nya dan juga membenarkan dan tiada masalah aku untuk solat di sekitar mana-mana sudut bangunan di Jabatan kerana tiada surau di sini. Pernah sekali beliau terserempak dengan aku yang sedang mengambil wuduk di bilik air bangunan jabatan dan beliau bertanyakan aku tentang aku mahu solat dan melemparkan senyuman. Sensei Doomo arigato gozaimasu kerana walaupun bukan muslim tetapi memahami dan menghormati muslim dan tanggungjawab seorang muslim.

11 comments:

cikmanggis said...

salam zam..setahu makcik orang jepun mmg tahu menghormati orang..makcik ada kawan kat Hiroshima..baik sangat..eh zam jangan pulak tersangkut dgn org Jepun pulak hehe

Melatidaisy said...

salam cikgu zam..

alamdulillah..Allah permudahkan kehidupan cikgu zam di sana dengan mengurniakan org2 disekeliling yg amat memahami dan menghormati..:)

Anonymous said...

salam, cikgu zam.
bagusla cikgu zam ni. ni la namenye org islam, x malu nak sembahyang wp org tengok je.org jepun pun hormat tgk kita yg begitu teguh dgn agama.semoga cikgu zam bahagia,dan dipermudahkan segala urusan berada disana.

acik/ shaniza said...

Salam..
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan...

blogresipi.com said...

Salam Cikgu,
Alhamdulillah ada supervisor yg begitu memahami kan.. insyaAllah semoga semua dipermudahkan :)

laki cikgu kimia said...

gua ada cikgu gak klat sana. GTO. great teacher onizuka. heh

Cikgu Zam said...

salam Cikmaggis,
insyaAllah tak sangkut, hhehhe, bimbang gak ni.. (",)

salam melatidaisy,
Alhamdulillah, saya rasa lega ckit sbb mereka faham dan hormati kita sebgai muslim, byk lagi kisah yang macam tu berlaku pada saya.

salam Dahlia,
emm saya ni bukan bagus sangat, hehe. biasa je. Emm cuma, kita akn rasa nikmat bila dapat menjaga perkara wajib sebagai tanggungjawab kita. InsyaAllah, semoga urusan ibadah dipermudahkan olehNYA

salam achik/shaniza
Amin, Amin, Amin. Terima kasih doa yang sangat bernilai tu, sayasangat menghargainya. Arigato gozaimasu

salam kak ijan.
Ye saya bersyukur sangat2 sbb dapat supervisor mcm tu. Dalam train sambil sama2 berdiri pun die ty lagi saya pasal makanan halal dan solat. Terharu diri rasa

salam Tuan (laki cikgu kimia)
wouuuu mantap title tu, baik kan dieorg, respect each other.... Aminnn

semiey said...

salam jolo doh sek kitow..bak kato lagu halim yazid..ingat sokmo hok mok pese..nak2 kali ambo nok turun jale...maye jange jupo...

fusarium solani said...

Salam,

Ha, lama saya tidak berziarah ke blogmu. Seronok membaca kisahmu di Jepun. Bukan mudah untuk mencapai impian namun tidak mustahil bukan.

Semoga selamat dan sihat selalu.

Solehah said...

terharu la sbb walaupun dia bukan muslim sampai macam tu boleh hormat dan ambil berat..semoga cerita ni bg iktibar kat semua..InsyaAllah.

Cikgu Zam said...

salam miey,
g tgk bola dok kelmarin di kuantan? guano seri pulok nii...

salam Fusarium solani,
InsyaAllah saya akan cuba lakukan sesuatu yang terbaik sebelum berangkat pulan nanti. Klu kita usaha InsyaAllah tiada yang mustahil selagi ia tidak melanggar fitrah manusia.

salam Soleheh,
Ya, sangat terharu dengan sikap mereka, Terima kasih