Sunday, March 14, 2010

Kita Alpa

Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai berita sedih yang menyentuh hati. Kes penderaan kanak-kanak kembali menggegarkan bumi bertuah ini. Entahlah, di mana sifat kewarasan manusia yang sering dibangga-banggakan oleh manusia sebagai makhluk tertinggi darjatnya. Ilmu dan jiwa cintai sesama insan dan sayangi keluarga perlu dipupuk pada setiap lapisan umur insan, apa yang penting adalah bagaimana pengisian dan kaedah pelaksanaan bagi setiap tahap itu dilakukan. Yang sedihnya apabila orang bijak pandai yang sangat sibuk dengan hal keilmuan dan kewangan, kerjaya dan sebagainya tetapi lupa mencari ilmu dan penghayatan tentang "jiwa kasih sayang dalam keluarga, khas untuk diri sendiri". Yang masih bujang dewasa dengan angkuhnya melemparkan kata-kata "sekarang bukan masa nya untuk mencari ilmu itu". Angkuh, bongkak, sombong yang bakal memakan diri sendiri. Ada anak muda dewasa yang sibuk dengan arena politik yang hebat dan mantap. Ke sana sini melangkah luas untuk membela pelbagai perkara, tetapi lupa perisai diri, tanggungjawab diri sendiri dan ilmu yang wajib diri cari. Kulit sahaja nampak hebat, tetapi isinya tiada...........

5 comments:

wanita mutalib said...

semua sudah lupa..

salam ahad cikgu :)

Anonymous said...

teringat pula kate cikgu mat ali, bakar ubi sampai hangus kulit tapi isinye masih mentah..hu2

daun kesum said...

salam,.

sekarang manusia mcm sudah tidak dapet berfiir dgn waras,..
lantas dpd ketidakwarasan pemikiran tu,,terjadilah benda2 dan aksi2 yg plek2.,


cikti link blog ni ya,.

daun kesum said...

itulah manusia..

makin ari..makin pelik dan menggerunkan..

ya Allah,selamatkanlah kami

Solehah said...

betul tu cikgu..rasanya dunia keadaan dunia sekarang yang melalaikan.kita di gula-gulakn dengan dunia sahaja. pengisian hati tu takda. sebab tu manusia makin hari makin jauh dari Allah. Bila kita yang menjauhkan diri, di situ la punca segala masalah,.